Dalam
era ini, sistem teknologi amatlah penting dalam pelbagai bidang. Setiap saat
dan setiap masa bagi perkara yang kita
lakukan boleh mengawal dan menguasai setiap perkara dihujung jari sahaja.
Dengan adanya sistem teknologi ini dapat meningkatkan lagi kemahiran dan
kecekapan di dalam bidang perubatan.
Berikut
adalah 5 langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan profesion kejururawatan
mampu menghasilkan staf yang celik ICT.
- 1. Memberikan latihan dan kursus kepada jururawat di dalam bidang ICT tentang penggunaan sistem komputer. Dengan cara ini dapat mendedahkan kepada para jururawat pengggunaan komputer dan sistem informasi dengan lebih meluas. Di samping itu juga dapat meningkatkan pengetahuan dan membudayakan ICT dalam tugas harian untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pesakit dan dapat membuatkan tugasan jururawat menjadi lebih lancar. Pihak hospital juga perlulah menghantar jururawat menjalani kursus secara berterusan dan berkala.
- 2. Kementerian kesihat dan pengurursan hospital perlu memberi sokongan dan galakan kepada jururawat dalam meningkatkan lagi kemahiran berkaitan ICT seperti memberi peruntukan atau memberi diskaun untuk pembelian komputer. Dengan cara ini dapat menggalakkan lagi minat jururawat untuk belajar dengan lebih banyak lagi penggunaan komputer.
- 3. Pihak hospital haruslah menyediakan makmal komputer yang lengkap dan komputer yang disediakan adalah mencukupi agar jururawat berpeluang menggunakan dan mempelajari ICT. Memastikan komputer yang disediakan berfungsi dan sedia digunakan.
- 4. Pihak hospital terutamanya pengurusan kejururawatan haruslah membuat pemantauan bagi memastikan jururawat mangaplikasikan sistem teknologi ini dengan betul, terutamanya sistem-sistem terbaru yang digunakan dihospital. Dengan cara ini akan meningkatkan lagi kecekapan dalam penjagaan dan pengurusan pesakit di hospital.
- 5. Jururawat haruslah peka dan mempunyai inisiatif sendiri untuk menerokai ICT dan memandang ICT satu bidang yang menyeronokkan. Di samping itu, jururawat juga haruslah mempunyai minat untuk terus belajar sepanjang hayat bagi mengaplikasikan kefahaman, kemahiran dan pengetahuan ICT dalam kehidupan dan profesion jururawat.
NAMA : NORMAIZA BT MOHMAD
NO MATRIKS : A138766
TAHUN PENGAJIAN :
2012/2013
FAKULTI : PERUBATAN
FACEBOOK : Normaiza Mohmad
No comments:
Post a Comment